
Maka, raja menurunkan titah untuk menghimpunkan pari-pari di pelusuk kerajaan. Dengan bantuan dari semua pari-pari yang dihimpunkan oleh raja, akhirnya permaisuri dapatlah mengandung.
Tepat 9 bulan 10 hari, permaisuri melahirkan seorang anak perempuan yang amatlah comel dan sihat. Raja berasa sangatlah bersenang hati, maka baginda mengadakan jamuan. Segala rakyat dijemputnya hadir. Semua pari-pari dijemput hadir. Malangnya, raja dan permaisuri terlupa akan satu pari-pari, kerana disangkanya pari-pari tersebut telah berpindah kerajaan.
Pada hari jamuan berlangsung, pari-pari itu telah datang dengan amarahnya dan memberi sumpah kepada puteri untuk tidur selama-lamanya pada hari jadinya yang ke-17. Raja dan permaisuri sangat sedih dengan sumpahan tersebut. Begitu juga dengan rakyat-rakyat serta pari-pari. Jamuan yang seharusnya diraikan dengan gembira menjadi hambar.
Sebelum berakhirnya jamuan, pari-pari telah berkumpul dan bersetuju untuk mengurangkan sumpahan itu, puteri tidak akan tidur selamanya, tetapi hanya akan tidur sehinggalah seorang putera datang membangunkannya.
***
“bangun...oi, bangun larh” sikunya digerak-gerakkan pada badan jiran mejanya.
“erm....erm....jangan larh kacau nak tido ni” kepala di meja yang ditutup dengan lengan berpusing ke arah kanan.
“efa...bangun larh....cikgu Siti tengah tengok tu” suaranya menjadi semakin kaget.
“ye...” tidak berjaya juga, hanya suara yang mengiakan sahaja.
Sue mengeluh. Kalau nak kejut si Efa ni memang tak pernah dia berjaya. Sue memandang seorang lelaki yang mejanya di sebelah kanan Efa, cuma berjarak sedikit untuk laluan. Mata Sue memberi maksud- Izz, tolong...aku buat tak jadi ni. Muka cikgu Siti da macam harimau tu.
Ezz tergelak kecil. “Efa...bangun... ade pizza ni. Extra cheese. Lambat bangun, Izz habiskan...”
“pizza!” terus berdiri. Seisi kelas 5.1 terkejut mendengar jeritan Efa.
Efa memandang sekeliling. Cikgu Siti, tukang ajar addmath, di depan papan hitam memandang tepat pada Efa. Kalau tadi muka cikgu Siti da macam harimau, kali ni da berubah menjadi T-Rex tengah lapar. Efa pandang kiri. Sue.... Efa pandang kanan pula. Izz.... muka Efa da sememeh. Lagi memeh dari artis Memey tu. Korang...tolong aku!!!!
“NURUL AFIFAH!!! DIRI KAT LUAR KELAS!”
Aduhai....lagi sekali...
“sue...Izz...lapar....”
“kau ni kan....baru pas kene bebel dengan cikgu Siti pun masih ade selera lagi. Bangun pun sebab makanan. Ni kalau ade award untuk ‘puteri makan’ and ‘puteri tido’ mesti kau menang”
“ape ni Sue...aku baru je pas kene dengan cikgu Siti. Kau pun nak join pakatan cikgu Siti ke bebel kat aku” Efa da buat muka dua kupang.
“entah kau ni Sue...” Efa da tersenyum. “kalau nak join masuk pakatan bebel cikgu Siti tu ajak larh aku sekali” sakat Izz.
“korang ni kan.... memang larh...”
“memang ape? Memang comel? Trimas....trimas.... kitorang tau, kitorang memang comel pun” Sue menyambung ayat Efa. Efa da tarik muka bukan dua kupang lagi da, dua puluh kupang terus.
“hah...buat larh muka sememeh tu. Rezeki tak masuk karang” ugut Sue. “Izz..” Sue memberi isyarat supaya memberi sesuatu pada Efa.
“tu hah.... aku da save kan burger dua bijik untuk kau. Jangan lupa bayar balik pulak”
“nah Efa...” Izz menghulurkan burger pada Efa.
“sayang korang lebih larh! Best friends forever!!!”
Aku suka Izz, Izz suka aku...kitorang dah lama tau pasal ni, tapi kitorang bukan couple. ‘couple itu haram’. Ustaz selalu bagitau kelas kitorang. Jadi kitorang kekalkan macam ni, kawan baik. Aku, Izz dan Sue. Tak kisahlah apepun orang lain cakap fasal kami, yang penting kami tau jaga adab kami, adab antara laki dan perempuan. Izz tak pernah sentuh aku dan Sue, malah dia yang selalu ingatkan kitorang waktu solat. Sue pula sentiasa dengan aku, terima baik buruk aku. Korang memang kawan terbaik pernah aku ada. Efa tersenyum sambil mengunyah burger yang dibeli Sue.
“yang kau sengih sesorang tetiba ni pehal pulak?” tegur Izz.
“makan cepat...tinggal 10 minit je ni”
Jam sudah menunjukkan tepat 4 petang. Sepatutnya Izz punya latihan basketball sudah berakhir. Minggu hadapan Izz ada pertandingan basketball yang terakhir sebelum bersedia untuk peperiksaan SPM. Dua bulan je lagi.
“Efa! Sori... 10 more minutes, ok. Aku nak tukar baju kejap. Pastu kita study kejap dengan Sue kat library ye” Efa hanya senyum dan menganggukkan kepala
1o minit lagi... dan Efa pun menutupkan matanya...
“ermm....” Efa membuka mata pelahan-lahan. Izz sudah berada di hadapannya, membuat latihan tropika subjek biologi. “Izz? Da 10 minit ke?” sambil menggosok-gosok matanya.
“ye?” Izz berhenti membuat latihannya dan memandang muka Efa yang baru bangun dari tidur.
Efa melihat jam tangannya. 4.45 petang. Serta-merta Efa menjadi segar. “Izz!!! Kenapa tak kejut aku tadi! Ni bukan 10 minit, ni da 45 minit. Sue tengah tunggu kita kat library” Efa kelam-kabut mengemas latihan-latihan past year SPM yang dibuatnya semasa menunggu Izz tadi.
“Efa...lepak larh...aku da sms bagitau Sue tadi yang kita tak jadi study kat library, kita study kat pondok ni” Izz kembali menyambung latihan tropika biologinya.
“pesal tak kejut aku tadi...?”
“tak sampai pulak hati aku nak kejut kau tido nyenyak tadi...sampai ngigau” Izz gelak perlahan. Muka Efa dah kemerahan. “dah larh....meh sambung buat latihan. Hari ni kau tutor aku bio and addmath kan. Semalam aku dah ajar kau fizik and kimia macam ajar budak umo tiga tahun tau tak. Sampai soalan luar alam pape ntah kau soal”.Efa hanya tersengih. Kalau fizik dan kimia memang dia bengap banyak sikit dari normal.
“Izz...kau selalu dapat kejut aku bangun tido...nape ek? Sue kejut aku bukan main susah lagi. Sampai nak simbah aku air.”
“ntah larh...kelebihan luar biasa kot...” matanya masih tidak berganjak dari latihan biologi.
“kalau...kalau larh satu hari nanti, aku tido tak bangun-bangun macam dalam cite sleeping beauty tu camne? Aku rase penyakit ‘tido’ aku ni da makin kronik arr”
Izz berhenti menulis. Pandangannya tidak lagi pada latihan tropika biologi. “dey menachi... kau tak tengok cite sleeping beauty sampai habis ke? Princess tu tak tido forever larh. Ade lah prince dari memana datang bangunkan princess tu. Adik aku yang darjah satu tu pun tau cite ni sampai habis larh. Kau da hidop bape lama ni pun masih tak tau ke???”
“hehehe...” Efa sengih panjang. “Izz...kau da tengok jadual periksa SPM? Last paper kita, paper agama kan...”
“yup...2 disember. alahhh...kau saja nak ingatkan birthday kau tu kan...”
“hish....mane ade...aku saja nak nak ingatkan paper last tu agama...” Izz ingat birthday aku. Happynya...
2 Disember.
“Izmir...” seorang gadis berdiri di hapadan Izz.
“Lina? ade ape? Tak balik lagi ke? Paper agama kan da habis...”soal Izz bertubi-tubi.
“saya ade benda sikit nak cakap dengan awak. Saya tunggu kat belakang blok makmal. Sekarang tau.”Lina berlari-lari anak meninggalkan Izz menuju ke tempat yang dinyatakannya.
Ada ape dia nak cakap dengan aku ni. Izz melihat jam. Ade 15 minit lagi sebelum waktu yang dijanjikan dengan Sue dan Efa. Boleh larh pegi kejap...mane tau dia nak cakap hal penting.
“Lina...nak cakap ape tadi? Tapi cepat sikit, saya ada hal” Izz terus bertanya. Tidak mahu membuat Sue dan Efa yang menunggunya. Biarlah dia yang menunggu mereka berdua.
“Izmir?”
“Padi...kau nampak tak Izz pegi mana?” tanya Efa setelah tidak berjaya menjumpai Izz.
“tadi aku nampak dia pegi blok makmal kat sana tu”
“orait...trimas Padi. Aku doakan kau straight A’s...” Efa berlari ke arah blok makmal.
Ade suara kat belakang makmal. “Izz?”
“ Saya...sebenarnya, saya....saya suka Izmir” jujur Lina. Izz terkejut dengan pengakuan Lina yang secara tiba-tiba.
“Izz?” Efa datang dari belakang Izz.
“Efa?!” sekali lagi Izz terkejut apabila melihat Efa muncul dari arah belakangnya. “Efa dengar ke tadi?!” kaget.
Pertanyaan Izz tidak dijawabnya. Efa terus berlari selaju mungkin.
Izz ingin mengejar Efa tetapi dihalang Lina. Tangan Izz dipegang kuat oleh Lina. “Izz...please...jangan tinggalkan aku... aku sayang kau... kau nak buat pape dengan aku pun boleh...but please don’t leave me” Lina mula menangis tersedu-sedu.
“Lina... I’m sorry... Izz mintak maaf banyak-banyak kalau ayat Izz ade buat Lina terluka, but pada Izz, perempuan sepatutnya menjaga maruah diri, menjaga harga diri... and Izz bukannya jenis yang Lina maksudkan tu... Lina cantik, Izz rase mesti ramaai lagi lelaki yang suka pada Lina. So Lina, please lepaskan tangan Lina pada Izz” air mata Lina mengalir laju. Tangan yang memegang Izz dilepaskan perlahan-lahan. Dan Izz terus berlari laju mengejar Efa.
Aku lari pergi bukan sebab cemburu. Tapi aku takut. Aku takut mendengar balasan dari Izz. Aku takut kalau Izz menjawab ‘ya’ pada perempuan itu. Dan aku paling takut Izz pergi tinggalkan aku. Aku takut Izz tiada lagi dalam dunia aku. AKU TAKUT...
“Efa! Please Efa, jangan pergi. Bertahan!!!”
Izz? Bila aku buka mata kau sentiasa ada depan aku. Lepas tu mesti kau akan tersenyum. Kali ni kau tak senyum. Kenapa? Kenapa kepala aku di atas riba kau, Izz? Badan aku lemah, kenapa?
“sesiapa, call ambulan!!! Tolong call ambulan!”
Air...hujan? Bukan. Kau nangis ke Izz? “Budak laki mana nangis” ingat tak ayat ni, kau selalu cakap dari dulu. Jadi, jangan nangis. Aku nak tidur, Izz. Kali ini mungkin panjang, kau boleh bangunkan aku lagi?
“makcik. Pakcik. Efa camne?!” mata Izz kelihatan lebam.
“izz, sue... baliklah dulu. Da 13 jam kamu berdua kat hospital ni”
“bagitau dulu keadaan Efa, makcik... Izz takkan balik selagi tak tau keadaan dia”
“Efa dah lepas waktu kritikal. Keadaan dia sekarang da stabil. Tapi doctor bagitau dia akan koma buat beberapa ketika. Sekarang kita cuma dapat berdoa dan berharap Efa akan kembali pada kita” terus terang ayah Efa. Izz hanya mampu berdiri diam manakala Sue mula menangis kembali. Tidak percaya kawannya yang selalu tertidur dalam kelas kini sedang terbaring terpejam mata di atas katil, menikmati tidur panjang.
***
Izz...dari dulu kau sorang je yang selalu senang kejutkan aku. Bila aku tertidur dalam kelas kau je tau camne nak bangunkan aku. Sue yang da berkawan dengan aku dari kecil pun susah nak bangunkan aku dari tidur. Aku tak bayangkan hari-hari aku tanpa kau, Izz. Siapa nak bangunkan aku dari tidur nanti? Izz...kau tak jawab lagi soalan aku hari tu. Kalau aku tertidur selama-lamanya macam mane?
“kalau kau tertidur selama-lamanya, aku akan tunggu kau sampai kau bangun. Aku akan ada kat sebelah kau sampai bila-bila pun. Sebab aku nak kau tengok aku bila kau bangun, dan aku nak tengok kau bangun dari tidur, Efa”
Izz...suara kau ke?
“Efa...tolong bangun... hari ni kan birthday kau. Kau taknak sambut dengan aku dan Sue ke?” tangan Izz memegang kotak kecil berwarna merah.
Sue...aku rindu kau...rasa da lama aku tak jumpa kau, Sue....
“Efa...tahun ni aku da beli cincin...kalau kau bangun nanti, kita kahwin...” mata Izz sudah mula berair bila mengeluarkan ayat itu.
Kahwin?!
“Efa? Kau...kau da bangun?” Izz tidak percaya apa yang sudah berlaku di hadapannya. “Sue!!! Sue datang sini!” Izz menjerit memanggil kawannya yang lagi satu.
Plak!
Papan kertas report kesihatan pesakit jatuh ke lantai. Muka Sue berubah, air matannya mula mengalir. “Efa!!! Kau da bangun!” Sue terus berlari memeluk kawan baiknya.
“eyh...Sue....sakitlah, kau peluk aku kuat sangat.”
“sorilah....aku rindu kau....hehe” Sue melepaskan pelukannya dan mengesat air matanya.
“Korang ni pesal? Aku bangun tido pun nak nangis nangis...bukannya lama pun. Wei...pesal muka korang da berubah ek? Kau pulak Sue, siap pakai kot putih lagi, main cosplay doctor?” Izz, kau makin smart larh pulak... Efa berulang alik memandang kedua-dua sahabat baiknya. Nampak lain sangat.
“tak lama kau cakap? Adalah dalam 10 tahun...” Efa terkejut mendengar ayat Sue...10 tahun. “ape kau ni...cosplay pulak...hell-lo? Aku doctor larh sekarang ni, kau tu pesakit aku. Lagi satu, for you information, ni Izz. Kalau-kalau kau tak kenal larh. Dia sekarang tunang aku. Bulan depan kitorang kahwin. Nasib baik kau sempat bangun”
Muka Efa da berubah sedih. Orang yang disayanginya akan jadi milik kawan baiknya.
“haha...kidding larh...aku saja nak tengok muka sememeh kau tu. Sama lagi tak... lagipun kalau aku nak kat dia pun, dia bukan nak kat aku pun” bebel Sue. “tengok kotak kecik kat tangan Izz tu... cincin untuk kau larh tu” saja Sue mengkantoikan Izz yang diam dari tadi. “kau ni Izz...tau-tau je cara nak bangunkan minah puteri tido ni. Aku ni hah, jadi doctor pun tab boleh nak bangunkan dia, kau jadi arkitek dapat pulak”
Izz hanya menundukkan kepalanya saja. Masih keliru dengan situasinya sekarang. Matanya hanya melihat kotak kecil berisi cincin untuk Efa.
“dah larh korang. Aku nak pi inform kau punya parent, yang kau dah bangun dari tido yang sangaaaaaat paaanjannng~” Sue berjalan keluar dari bilik meninggalkan Izz dan Efa berdua.
“err...happy birthday?” Izz menghulurkan kotak kecil itu pada Efa. Efa diam menanti ayat seterusnya dari Izz. “err...err...kahwin?” tergagap-gagap Izz mengungkapkan perkataan itu.
Efa ketawa kecil dan mengangguk. Izz adalah prince yang membangunkan aku dari tidur yang panjang seperti dalam Sleeping Beauty dan akan sentiasa membangunkan aku dari dulu dan selamanya.
“by the way, Izz... ape result SPM aku?”
the end ~
create by
http://hisaplolipop.blogspot.com/


