she's not yours
           Dya melihat dirinya di cermin. Kaca mata berbingkai penuh dan tebal. Tudung bawal hanya dipin hujung ke hujung kiri dan kanan. T-shirt lengan panjang dan seluar khakis. “okeh, siap!”.
                Beg sandang di atas katil 2 tingkat diambil dan disandang ke belakang. Pintu loker dikunci mangga dan Dya terus berjalan keluar perlahan-lahan. Rakan sebiliknya masih ada yang tidur. Takde kelas agaknya.
                Kasut sport adidas disarung. Tangga dituruni secepat mungkin. ‘da lambat...da lambat!’ bisik hati Dya. Sampai sahaja kakinya ke lantai utama, Dya berlari ke pondok kayu berdekatan.
                “Dani!”
                “oi..kambeng! mana kambeng! Oi!”
                “hahahahaha!” tergelak besar Dya mendengar telatah si Dani. “ada ke melatah sebut kambeng. Orang sebut larh ‘mak kau pocot’ ke, ‘opocot mak kau’ ke....ni kambeng jugak yang kau sebut”
                “senyap larh kau. da larh lambat macam siput. Aiman ngan Taqi da pegi dulu da. Jom gerak” Dani memikul beg berisi gitar ke dalam sebuah kereta.
                Merajuk larh tu. Gedik mengalahkan perempuan! Hee..... “Dani.... aku...aku suka kau”.
                Terhenti langkah Dani mendengar setiap patah perkataan gadis itu. 180 darjah Dani berpusing ke arah Dya. Selangkah demi selangkah Dani berjalan ke Dya. Mukanya serius.
                Dya kaget melihat riak wajah Dani yang serius. Erk...dia serius ke? Aku main-main je.
                Hanya tinggal lima tapak lagi Dani akan berada betul-betul dihadapannya. Dya gigit bibir bawah. Habislah aku kalau dia serius. Terus-terang atau teruskan? Aku pilih...
                “aku tipu! Aku main-main je tadi Dani!” kedua-dua telapak tangan ditepuk kehadapan. “maaf! Sori! Tue bu chie! Gomennasai!” heee.....macam-macam bahasa aku mintak maaf ni.
                “tau takut....”
                “kau tau aku tipu Dani?”
                “aku da hidup dengan kau lama larh... kau kentut diam-diam pun aku boleh tau”
                “siot kau Dani” Dya membesarkan matanya ke Dani.
                “da....cukup larh kau main-main hari ni. Jom pi studio.” Dani mengheret Dya dengan menarik beg yang disandang Dya.
                “Dani...Dani....tak payah larh tarik-tarik aku. aku tak lari larh” ujar Dya. Kesian beg aku ni hah....koyak pulak nanti.
                “takde! Kau tu bukan betul sangat. Aku alihkan pandangan je de benda kau buat masalah” aku takut kau syok kat memane laki nanti. Sambung Dani dalam hati. Mahu kena sparring dengan minah ni ke? Da larh juara kebangsaan dalam karate minah ni. Its okay since aku suka kau, ganas macam T-rex pun aku suka. Sengih Dani seorang.
                “yang sengih tetiba sesorang ni kenapa? Meremang aku!” tetiba pakcik yang heret aku ni senyum, mana aku tak seram. Kot kot kene sampuk ke?
                Alamak! Aku tersenyum ke tadi? Mangai.... “hai...aku nak sengih pun tak boleh? Kalau aku nangis boleh larh, camtu eh?” cover malu kot....
                “erm....takde larh sampai menangis.... sampai keluar air mata darah je...”
                “kau!!!” Dani da pusing nak hentak si Dya dengan gitar Fender kesayangannya tapi Dya da lari dahulu ke kereta.
                “hahaha....wek!!!” Dya menjelirkan lidah pada Dani.
                “Dani....aku..aku suka kau”
                Teringat kembali gurauan gadis itu pada awal tadi. Alangkah bagus kalau ianya bukan gurauan semata-mata. “aku suka kau, Dya” ucap Dani perlahan.
**********************************************************************************
                Pintu masuk Jimmy Music Studio ditolak kuat oleh Dya. Gaya entrance macam koboi masuk kedai je.
                “elop, sume!!!” jerit Dya. Entah kenapa hari ini dia terlebih energetic daripada biasa.
                “salam mana, salam? Balik Turki ka salam tu” Aiman bersuara dari tempat drummernya.
                Amboi. Sindir agak mendalam tuh... “haip...haip....as.sa.lam.mu.a.lai.kum cikgu!”
                “kau ingat kau budak sekolah rendah lagi cik kak oi?” Taqi turut menambah sindiran dari Aiman.
                “biarlah dia...nak jadi budak umur tiga tahun ka, budak sekolah ka, monyet ka...” Dya terus membaling Dani dengan kusyen yang berdekatan dengannya bila terdengar Dani menyebut ‘monyet’.
                Monyet, monyet jangan sebut. Sensitif hati ni! Ni semua fasal diorang larh ni.
                “nape dengan ‘monyet’ adek sekolah?” tanya Taqi sambil tergelak kecil.
                “diam larh! Ni sume sebab korang larh ni...” emo betul aku dengar ‘monyet’. Tolonglah ganti jadi Michael ke, Mona ke. Tak lah terasa sangat ke’monyet’annya.
                Ini semua fasal diorang bawak aku pi zoo larh lepas 1st album keluar last year. Tengah makan-makan aiskrim depan sangkar monyet boleh pulak time tu sangkar tu punya dawai ade yang da tercabut. Ada monyet keluar kejar aku. Fobia terus aku nak pergi zoo lepas ni!
                “wowowowo....enough. enough. Nanti dia cabut sape nak jadi vokalis utama kita ni” ujar Aiman dengan tawanya yang masih berbaki. “dia kan princess kita. Kalau takde princess, pe guna kita jadi knight kat sini sambil pegang gitar dengan drumstick ni” Aiman mengetuk drumstick di bahunya.
                “silakan tuan puteri. Intan payung.” Dani mempersilakan Dya untuk berdiri di tempat vokalis seperti seorang knight membawa puterinya. “mo...nyet” sambung Dani.
                “adoi!!!!! Pe ni tendang tendang kaki orang!” kuat suara Dani bersuara. Berbisa woo tuan puteri ni tendang. Memang tak dinafikanlah dari budak karate level international ni. Habislah lebam kaki aku...
                “ouchhh.....” Aiman dan Taqi bersuara seolah-olah merasai kesakitan yang sama.
                “padan muka! Cakap lagi ‘monyet’!”
                “Nengade” ujar Dani perlahan.
                “ape?!”
                “takde pape...takde pape....jom start praktis. Next week de konsert lagi” Dani terus mengambil gitar Fender semi-elektiknya. Mau kena tendang lagi? Hish...lepas ni aku pakai but je larh...hari-hari kena tendang pun takpe.
**********************************************************************************
                “wei.....aku de benda nak bagitau korang ni” Taqi bersuara. Pinggan berisi nasi goreng pattaya di tolak ke hadapan sikit.
                “pe?” serentak Dani dan Aiman bersuara. Pandangan masing-masing masih tidak lepas pada makanan dan minuman. Dya sudah pulang ke kolej kediamannya memandangkan sekarang sudah pukul 11. Lelaki lain....laki 24 jam takde dalam bilik pun takpe...
                “aku rasa....tak...bukan rasa lagi....”
                “haihhh....main kata-kata pulak....” Aiman da alihkan pandangan dari makanannya. Dani pula menyedut air minumannya. “cakap je lah!” PUK!!! Aiman menghentak belakang badan Taqi.
                “oh mak, aku suka Dya!” terjerit keluar semua benda nak dicakapnya. Takde simpang kiri kanan lagi.
                PRUTTTTT!!!!!!!!!!
                Tersembur Dani mendengar ayat Taqi tu. Aiman pula terus terkaku dengan sebelah tangannya masih berada di belakang Taqi.
                “kau buat lawak ke Taqi? Hahahaha....lawak...lawak”  Aiman cuba untuk ketawa walaupun nampak sangat tak jadi kan... Dani hanya terdiam.
                “aku tak buat lawak. Aku serius ni. Korang tau aku macam mane kan...” tiada riak bergurau pada mukanya.
                “aku pun nak cakap yang.....aku pun suke Dya jugak....” jujur Aiman.
                Kali ini Taqi pula yang terpaku.
                “Dani.... kau tak rasa pape pada Dya ke?” soal Taqi.
                Haaa.....sudah....dari plan nak supper, jadi sesi soal sama hati pulak. Terus-terang atau tipu? Aku pilih....
                “ha? Suka? Tolonglah...aku da kenal dia dari bangku sekolah lagi. Kalau aku suka, da lama aku cakap kat dia” ape kau merepek ni Dani? Kau kan memang suka dia dari sekolah!
                “bagus lah” lega hati Taqi dan Aiman mendengar. Kalau tidak bertambah lagi seorang rival.
                “amacam ni Taqi? Boleh tersuka kat orang yang sama pulak. Nak jadi rival baik or jadi musuh?” tergelak Taqi mendengar option dari Aiman.
                “of course larh....” aku pilih.... “rival baik” tangan kanan dihulur pada Aiman.
                Aiman menyahut huluran tangan tersebut. Rival...not so bad lah...
                Dani hanya melihat dengan perasaan yang sangat kecewa. Kenapa dia tidak berterus terang tadi? Sanggupkah dia lihat Dya yang diminatinya dari dulu bersama orang lain? Dani? What’s wrong with you!?
**********************************************************************************
                Konsert band Rendezvous yang bermula dari pagi tadi masih berjalan lancar. Lagu-lagu yang dipersembahkan mendapat tepukan gemuruh
                “thanks sume yang datang hari ni. Last song for today is specially made by one of the member, DANI!!!!” jerit Dya di atas pentas. “give him a big clap!” sambung Dani.
                Dani mengangkat tangan pada penonton tanda menghargai tepukan mereka semua.
                “walaupun rentak lagu bukan seperti yang selalu kami mainkan. Tapi hope korang dapat terima dengan baik. Terimalah.... Lagu Rinduku”
                Rentak lagu mula berlagu lembut menepati lirik lagu tersebut.
suaramu...
sedetik senyumanmu..
membawaku jauh dalam duniaku...
merasakan bahagia selamanya....

inginku sentuh
hangatnya tangan mu...
lihat tawa manjamu
menjadikan hatiku milikmu...

hadirlah...hadirlah..
aku inginmu disisiku selalu...
seperti udara disetiap nafasmu
bagaikan cahaya menyinari hidupku
selalu.....

dan laguku 
katakan padanya 
ku rindu padannya
mencari cintamu disetiap langkahku...

oh malam
bawakan aku kedalam mimpinya..
agarku terus disisimu selamanya...
dan bila ku rindu....
katakan padanya ku milikmu selamanya...

dan laguku 
katakan padanya 
ku rindu padannya
mencari cintamu disetiap langkahku...

                “thanks sume! Jumpa lagi next time. Kami dari Rendezvous hargai korang sume!” tepukan gemuruh diberi penonton tanda persembahan yang hebat.
******************************************************************************                
                “Aiman! Aiman...” panggil Dya.
                Aiman pergi ke Dya meninggalkan Taqi dan Dani yang sedang sibuk mencari key gitar untuk lagu baru. “hah! Ade pe panggil-panggil aku macam kucing ni?”
                “hehe....takde pape ‘lelaki cinta’...” sengih Dya.
                “sesedap jus nak panggil aku lelaki cinta...” Aiman membesarkan matanya.
                “betullah. Kan aku sebut nama kau tu.... ai maksudnya cinta, man maksudnya lelaki. Tak ke bila digabungkan menjadi lelaki cinta? Haha”
                “kau nak aku tolong ke tak ni?” minah ni main-main pulak. Kan aku da masuk bab ugut mengugut ni.
                “eh..nak nak! Gurau je....hehe....korang free tak malam karang dalam pukul 8? Lepak kat warung Mama nak? Aku belanja!”
                Aiman memandang muka Dya lama cuba untuk mencari tujuan sebenar gadis yang diminatinya dalam diam ni.
                “ape ni tengok muka aku lama-lama? Aku tau lah aku ni comel, tapi jangan lah lama-lama....nanti kau jatuh cinta kat aku kang...” gurau Dya.
                Tergelak Aiman mendengar kata-kata Dya. Agak-agak ape reaksi kau bila tau aku suka pada kau, Dya?
                “malam ni kan? Ok, aku ajak diorang...” Aiman kembali ke kerusi drummernya.
**********************************************************************************

                Selera makan Dani, Taqi dan Aiman terus mati bila mendengar ayat Dya walaupun dibelanja orang.
                “korang! Tadaaa....aku nak kenalkan boipren aku! kitorang da sebulan declare...hehe”
                “hi...Adha...” tangan dihulurkan kepada mereka bertiga. Nak tak taknak, terpaksa juga bersalaman dengan lelaki itu.
                “Aiman”
                “Taqi”
                “Dani”
                Masing-masing cuba untuk menceriakan wajah, tapi tak dapat jugak sebab masing-masing da macam masam jeruk. Masakan tak masam, orang disukai tiba-tiba memperkenalkan teman lelaki pada orang yang meminatinya.
                “makanlah. Aku belanja hari ni” ujar Dya dengan gembira. Akhirnya dapat juga dia memperkenalkan teman lelakinya pada kawan-kawan rapatnya.
                “takpe larh Dya. Aku takde selera lah.” Aiman menolak dengan baik.
                “aku pun sama, petang tadi aku makan tiga pinggan nasi ayam. Masih kenyang lagi ni” Taqi turut sama menolak.
                Dani bangun dari tempat duduknya secara tiba-tiba.
                “nape Dani?” soal Dya.
                “sori...aku lupa ada hal penting sekarang ni...korang enjoy korang puye meals kay... aku chow dulu...” Dani terus bergerak pergi tanpa lihat ke belakang.
                Taqi dan Aiman terpinga-pinga melihat kelakuan Dani. Petang tadi dia juga yang terlebih teruja bila dengar Dya mahu membelanja makan. Sekarang dia juga yang terlebih emosi melihat Dya bersama orang lain. Dani....kau....

                “ahhhhh.......” aku rasa nak hantuk je kepala aku kat dinding sekarang ni boleh?  Kenapa aku terlebih emosi pulak ni... kenapa? Hati aku sakit tengok dia dengan orang lain. Sakit sangat rasa kena cucuk dengan tombak je ni. Dani terasa ade air menitis. Hujan ke...atau aku yang... Dani...kenapa dengan kau?
               
                Headphone disarung ke telinga. Dani cuba menutupkan matanya dan lupakan segalanya. Butang play dimainkan. Lagu If I let you go dari Westlife dimainkan secara rawak. Bagus! Betul-betul kena dengan situasi aku sekarang... (sila klik utk lagu)
Day after day 
Time pass away 
And I just can´t get you off my mind 
Nobody knows ... I hide it inside 
I keep on searching but I can´t find 
The courage to show ... 
To letting you know ... 
I´ve never felt so much love before 
And once again I´m thinking about 
Taking the easy way out ... 

CHORUS: 
But if I let you go 
I will never know 
What my life would be 
Holding you close to me 
Will I ever see 
You smiling back at me 
How will I know? 
If I let you go ... 

Did I just let you go, Dya?

Night after night 
I hear myself sayin´ 
Why can´t this feeling just fade away? 
There´s no one like you ... 
You speak to my heart... 
It´s such a shame we´re worlds apart ... 
I´m too shy to ask ... 
I´m too proud to lose 
But sooner or later I gotta choose 
And once again I´m thinking about
Taking the easy way out ... 

CHORUS 

Once again I´m thinking about .... 
Taking the easy way out .... 

Or it just me who take the easy way out? Too shy to ask and yet too proud to lose you, Dya. If only I have the courage to say those words to you...
**********************************************************************
          ‘Dani! Kau kenapa da seminggu tak datang praktis!? Kau sakit ke? Reply aku kay...’

            Dani hanya melihat mesej dari Dya pagi tadi. Hari-hari dapat mesej dari dia. Macam mana dia nak lupakan kalau setiap hari mesej dari dia masuk. Dani melihat jam. Kejap lagi masuk asar. Lepak kejap lagi larh...
           Handphone Dani berbunyi nada mesej. Dari Aiman.
          ‘Dya nangis! Cepat datang studio...’

            Dya! Pantas Dani menyarung t-shirt dan spek ol’skool sebagai penyamaran. Risau kalau-kalau ada yang mengenalinya. Kunci kereta dicapai dan Dani terus keluar dari bilik.
         
          “kenapa dengan Dya?” soal Dani cemas.
          “kau ingat tak Adha...pakwe Dya...”
          “ah..haa...” mana boleh aku lupa pasal hari itu...
          “diorang da break-up. Tau ape alasan laki tu? Dya not pretty enough for him and he just got a new girlfriend”
          Not pretty enough? Sebab alasan bodoh tu!? Just not good enough for him?
          BUKKK!!!
          Dani menumbuk dinding disebelahnya. Kemarahan dalam hatinya sedang membuak-buak saat ini. Lelaki macam itu perlu diajar!
          “kita kena ajar dia!”
          “aku setuju Dani. Tapi nak pakai ape? Belasah?” Taqi bersuara.
          “nope... dengan cara yang paling menyakitkan dia”
**********************************************************************

          Dya melihat sekeping kad kecil ditangannya.
          ‘datang taman bunga U pukul 5 petang... dari: Taqi dan Aiman’
          Ada rasa sedikit hampa kerana tiada nama Dani sekali di situ. Sudah lama dia tidak berbual dengan Dani. Rindukah dia pada Dani?
          Dya melihat jam ditangannya. Lagi 5 minit sahaja lagi pukul 5 petang. Tapi Dya sudah berdiri di pintu gerbang taman bunga. Alang-alang sudah hampir, baik aku masuk saje...
          Sebaik Dya melepasi pintu gerbang bunyi geselan biola terus berkumandang. “Satu, dua? Bukan...ada tiga biola..” agak Dya.
          Kaki terus melangkah ke arah bunyi geselan biola-biola tersebut.
          “Dani...Taqi...Aiman...” berdekatan mereka bertiga menggesek biola, tersedianya meja  lengkap dengan minum petang. Di atas meja terletak kertas bertulis, ‘for our lovely princess Dya’. Tergelak kecil Dya membaca. Dya pergi ke meja tersebut dan duduk. Tidak mahu membazirkan usaha mereka. (sila klik utk lagunya...)

          “da senyum da tuan puteri?” soal Taqi sambil tersenyum.
          “sudah!”
          “so..let proceed to the next stage...” ujar Dani. “Dya...wanna join?”.
          Heeee.....revenge? “of course....”
**********************************************************************
          Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata Dani semasa bersiap sedia untuk plan ini.
          “kau bukan tak cantik...tapi kau je yang taknak mencantikkan diri. Kau taknak orang suka kau sebab rupa kan? Orang yang tak dapat nilai kau tak layak dapat kau!”
          Kau dapat nilai aku dengan baik Dani... adakah  ini bermaksud kau layak?

          “Dya...kau da suruh dia datang ngan awek baru dia belom?” Taqi keluar dari men’s room segak berpakaian dengan pakaian yang sering dipakai untuk konsert-konsert kami.
          “erm...da...”
          Beberapa minit kemudian, Aiman turut keluar dengan berpakaian agak bergaya. Da rasa macam pi buat konsert je. Cuma aku je yang tak pakai seperti berada di konsert sebab hari ni aku berpakaian lebih feminine. Dani je yang belom keluar lagi.
          “Dani mana?” soal Dya.
          “dia lambat sikit. Kita start dulu....” jawab Aiman.

          Ahhhh....kenapa pulak kau ni Dani oi....bukan first time kau tengok dia tak pkai spek, tetiba je gentar hari ni tengok dia. Tarik nafas dalam-dalam Dani....pastu lepas.... huhhhhh....hahhhh.....tenang...tenang...

          “please...Adha...kita jumpa sekali je lagi. I’ll treat kat restoran hotel. Bawa larh teman wanita awak yang baru...i just wanna see her...”
          “baiklah...” Gotcha...aku tau kau suka makan tempat mahal-mahal ni. Kena pancing jugak kau.

          “Adha sini!” Dya melambai-lambaikan tangannya pada Adha dan girlfriend barunya.
          “Dya....you look difference without your spec...and pretty”
          “thanks....sila duduk Adha and....”
          “Nina...nice to meet you” jawab gadis di sebelah Adha.
          “Nina...sila....Waiter!” panggil Dya. “order je mana-mana, aku belanja...”
         
          “excuse me miss...”
          Nina menutup mulutnya bila melihat orang yang datang ke mejanya. “oh my god...Taqi dari Rendezvous!” hampir menjerit Nina.
          “my friends dekat sana nak kenal-kenal dengan cik...” walawei..... Taqi...kau boleh jadi playboy yang berjaya larh....bisik hati Dya. “sudi ke meja kami?” Aku pandang ke meja sana. Dani! Dani nampak lain dengan pakaian dia hari ni.
           Dya berdiri dengan sendiri dan berjalan ke meja Dani dan Aiman berada.
          “Dya?” Adha bersuara.
          Nina turut mengikuti Dya.
          “Nina? Kau nak pergi mana? Kau tu awek aku!” larang Adha.
          “so? Kalau aku bukan awek kau, aku boleh pergi larh? Kay...kita break up!” Nina terus meninggalkan Adha di meja.
          “sir....kalau nak join, rasanya ada space untuk sorang lagi...” Adha hanya mendengus. Rasakan ape yang kitorang rasa bila kau amik Dya dulu!
          Adha sudah berdiri untuk pergi dari situ. “encik! Makanan encik da sampai!” waiter sudah sampai menghantar makanan yang dipesan.
          “you better sit and have your meal...or kau akan kena saman sebab pergi tanpa bayar...” ujar Taqi sambil tersenyum. Dengan berat hati, Adha kembali ke tempatnya. “it’s okay...charge bill order dia ke meja sana okeh...” arah Taqi kepada waiter tersebut. “enjoy your meal”.

          Next stage...

          Mata Dani melilau sekeliling mencari sesuatu dalam restoran hotel. Aku pasti ada dekat-dekat dengan meja ni... heee...jumpa pun.
          “Dya...jom....” ajak Dani.
          “pergi mana?”
          “jom je larh....dekat je”

          “encik...grand piano ni boleh main tak?” soal Dani kepada salah seorang pekerja restoran.
          “rasanya boleh...tapi da lama takde orang main. Encik check larh dulu”
          Dani membuka penutup grand piono tersebut dan menekan salah satu nota.
          Ting... okay lagi ni. Dani tersenyum.
          “boleh mintak mic tak encik? Cik sebelah ni nak nyanyi...”
          “Dani! Yang ni takde dalam plan pun!?” terkejut Dya bila disuruh menyanyi secara spontan.
          “encik....here...” mikrofon dihulur. Dya terpaksa juga ambil.
          “kau boleh nyanyi lagu pe dengan piano ni?” soal Dani.
          “a thousand miles boleh?”
          “orait...” biar betul Dani ni. Aku tak tau pun dia pandai main piano. Lagikan lagu ni agak laju nota-notanya.
          “ready Dya...3..2..1!” (sila klik)
Making my way downtownWalking fast 
Faces passed And I'm home bound 

Staring blankly aheadJust making my way 
Making my wayThrough the crowd 

And I need youAnd I miss you 
And now I wonder.... 

*chorus
If I could fallInto the sky 
Do you think timeWould pass me by 
'Cause you know I'd walkA thousand miles 
If I could Just see you 
Tonight 

Semua pelanggan yang datang ke restoran tersebut terpegun mendengar suara Dya dan mainan piano Dani. Sama hebat. Langsung tidak nampak yang mereka tidak praktis sebelum ini.

It's always times like these 
When I think of youAnd I wonder 
If you everThink of me 

'Cause everything's so wrongAnd I don't belong 
Living in yourPrecious memories 

'Cause I need youAnd I miss you 
And now I wonder.... 

*chorus

And I, I Don't want to let you know 
I, I Drown in your memory 
I, I Don't want to let this go 
I, I Don't.... 

Adha mula bangun dari kerusinya. Taqi dan Aiman perasan yang Adha hendak ke pentas di mana Dya sedang menyanyi.

Making my way downtownWalking fast 
Faces passedAnd I'm home bound 

Staring blankly aheadJust making my way 
Making my wayThrough the crowd 

And I still need youAnd I still miss you 
And now I wonder.... 

“wait bro....” Aiman menahan Adha dari bergerak lebih dekat ke Dya.
“nak pegi mana bro?” Taqi turut sekali menahan Adha.“ke Dya? She’s not yours anymore.... dia milik kitorang... aku, Aiman dan Dani”.
“bro....kau tak tau pe yang kau da hilang bila kau lepaskan Dya pergi”

If I could fallInto the sky 
Do you think timeWould pass us by 
'Cause you know I'd walkA thousand miles 
If I could Just see you... 

“korang member dia yang hari tu!” Adha mula teringat hari Dya memperkenalkan kawan-kawan rapatnya pada Adha.
          “ingat jugak akhirnya...ingat da lupa....” Taqi senyum sinis pada Adha.
“wait....kalau korang Rendezvous....Dya....” Adha mula mengagak sesuatu.
“vokalis kitorang....” sambung Aiman.

If I could fallInto the sky 
Do you think timeWould pass me by 
'Cause you know I'd walkA thousand miles 
If I could Just see you 
If I could Just hold you 
Tonight 

          Revenge success...
**********************************************************************

          “Dya...hulurkan aku botol air tu...”pinta Dani.
          “a...amiklah sendiri! Ada tangan kaki tu!” Dya terus pergi ke tempat lain. Dani pelik melihat perangai Dya sekarang.
          “Taqi...Aiman...korang perasan tak Dya nampak lain macam...”
          “lain ke? Sama je aku tengok. Ada dua mata, 1 hidung ngan 1 mulut...” Taqi menjawab.
          “ye ke....”
          Aku yakin perangai Dya da lain. Bila nampak aku je lari. Bila aku mintak tolong, tetiba cari gaduh. Bila aku nak bincang, boleh dia suruh aku cakap kat Taqi atau Aiman dulu pastu diorang inform dia. Ape kes!? Minah ni memanglah buat aku risau setengah mati pasal dia.
          “nak tau ke sebab ape?” Aiman da mula nak keluarkan tanduk dia.
          “sebab ape?”
***

          “Dya!” Dani muncul betul-betul depan Dya.
          “oh mak kau pocot!”
          Da....Dani! Automatik Dya berpusing 180 darjah bergerak cepat pergi dari Dani.
          “pergi mana tu Dya...” Taqi sudah berdiri di belakang untuk menghalang Dya dari lari.
          Erk....Dya terus pusing ke kanan.
          “sori Dya...haha” Aiman da berdiri menghalang.
          “korang nak buat ape ni!?” muka Dya sudah kemerahan. Ala-ala blusher gitu.
          “nak paksa kau cakap.....”
          “cakap ape!?” dari keadaan berdiri, Dya mencangkung menutup mukanya. Merah sangat da ni. Da macam opera cina.
          “tak jalan ni....” Taqi menggelengkan kepalanya.
          Ahaaaa....”mo....nyet!” Dani yang sebut ye....
          “jangan. Sebut. MONYET!” Dya berdiri balik nak menumbuk Dani tapi tak jadi sebab, “a....err.....” muka Dya merah balik bila tengok Dani. Heee....
          “cakap cepat, Dya... i’m waiting.....” Dani memeluk diri menanti ayat itu keluar dari Dya.
          “tak cakap, kitorang tak boleh nak tolong...” Taqi bersuara dari belakang Dya.
          “Aiman...kau tipu....” Dya menunduk mukanya.
          “sorilah....takkan nak biar kau blush je tiap kali tengok Dani sebab kau suka dia. Opssss.....sori.....tercakap~” Aiman sengaja membocorkan rahsia tu.
          “ahhhhhh!”
          “adoi!!!!” ketiga-tiga diorang kena tendangan berbisa dari Dya.
          “berbisa dok....” Taqi dan Aiman sudah kesakitan.
          “korang baru sekali, aku ni hah da berkali-kali...” muka Dani mengerut menahan sakit.
          “i hate you guys!” Dya terus jalan meninggalkan mereka bertiga dengan muka yang sangat merah. Heeeeee......
          “Dani pe lagi...pi r kejar sana” arah Aiman.
          “tapi korang pun...”
          “da dia minat kau.....kitorang admit defeat....but she’s not yours kay... she’s belong to us, bertiga”  Taqi turut menyuruh Dani pergi mengejar.
          Dani tergelak mendengar statement itu. “haa...ye r... aku pi cari tuan puteri tu dulu ye”
tamat..

Bonjour and Hola!



" Bonjour fellas! Thank you for your visit.I'm Nurul Asyikin Hamzah .Syikin for short .yes i do love him for now and forever only ZAKRI AIDIL :) "


Calendar